Sijil Fesyen dan Pakaian adalah program yang menjurus kepada pengetahuan asas, kemahiran kreatif secara asas dan teknikal dalam reka bentuk pakaian, pembuatan pola dan pembuatan pakaian. Melalui Standard Kompetensi program (Competency Standard) yang digabungkan dengan Body of Knowledge (BoK) menyatukan pengetahuan serta kemahiran kreatif secara asas dan teknikal dalam reka bentuk fesyen yang merangkumi sejarah, lukisan, reka bentuk, pengeluaran, tekstil dan amalan perniagaan. Di samping itu juga, pelajar juga didedahkan dengan kemahiran mereka bentuk secara berkomputer (fashion CAD) selaras dengan tuntutan penggunaan teknologi terkini. Perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai tugas. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti berusaha melahirkan pelajar program Sijil Fesyen dan Pakaian yang memenuhi kehendak industri di dalam bidang TVET. Pelajar dapat mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fesyen dan pakaian secara teori dan praktikal serta keusahawanan bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut. Program ini mempunyai 4 semester pembelajaran termasuk satu semester penuh latihan industri di semester 4 untuk memastikan program ini memenuhi keperluan industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan dan menimba pengetahuan serta pengalaman di industri. Bukan sahaja kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah untuk menjadi seorang graduan yang holistik dan bersahsiah tinggi.
Program ini dibangunkan untuk merangkumi semua bidang utama dalam pengeluaran fesyen dan pakaian, termasuk rekabentuk dan ilustrasi dan pembinaan pakaian. Kursus- kursus dijalankan di studio seni dan bengkel yang lengkap dengan pelbagai jenis peralatan melukis dan menjahit. Program ini bertumpukan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran mengendalikan mesin jahit, teknik menjahit, pemilihan bahan, warna dan tekstur. Bukan sahaja pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga membentuk para pelajar yang holistik dan bersahsiah tinggi melalui kursus-kursus seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Inggeris, Pengajian Malaysia dan Keusahawanan bagi
membolehkan pelajar menceburi bidang tekno-usahawan dalam bidang teknikal.
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fesyen dan pakaian. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang ini membolehkan graduan memulakan kerjaya sebagai:
a. Usahawan Fesyen
b. Pembantu pereka fesyen
c. Tukang jahit
d. Pembantu pereka sulaman pakaian
e. Pembuat sampel pakaian
f. Pembantu pereka aksesori fesyen
g. Pembantu/pembuat atau pemotong pola pakaian
h. Pembantu pereka kostum
i. Pembantu pengurus butik
j. Pembantu perunding imej
Setiap individu berpotensi untuk mengembangkan kreativiti dan kemahiran sebagai penggiat fesyen yang menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara berpandukan Dasar Industri Kreatif Seni Budaya bagi menampung keperluan pekerja mahir, berkebolehan dan mempunyai kemahiran keusahawanan dalam bidang fesyen dan pakaian.
Program Sijil Fesyen dan Pakaian dapat menghasilkan pengamal fesyen yang:
OP1 : mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman serta berkebolehan menyelesaikan masalah dalam industri fesyen
OP2 : menunjukkan kemahiran praktikal di dalam bidang fesyen dan pakaian serta mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan
OP3 : menunjukkan kemahiran menggunakan teknologi digital dan numerasi serta mengamalkan kerja berpasukan dalam menjalankan tanggungjawab social
OP4 : mengamalkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dengan menerapkan nilai etika dan profesionalisme dalam industri fesyen
Pada akhir pembelajaran program ini, pelajar dapat:
HPP1 : menggunakan pengetahuan serta pemahaman dalam industri fesyen dan pakaian HPP2 : mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknik
yang sesuai dalam bidang fesyen dan pakaian
HPP3 : menghasilkan produk fesyen dengan menggunakan alat dan bahan serta kemahiran teknikal yang komprehensif
HPP4 : menunjukkan komunikasi yang berkesan dan kemahiran interpersonal dalam menyampaikan idea dan maklumat dalam bidang fesyen dan pakaian
HPP5 : mengaplikasikan teknologi digital yang bersesuaian untuk menghasilkan visual grafik dalam pembentangan
HPP6 : menunjukkan kualiti kepimpinan yang berkesan untuk menguruskan isu dan cabaran dalam persekitaran kerja
HPP7 : menunjukkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk kemajuan kerjaya
HPP8 : menunjukkan kemahiran sosial, kebertanggungjawab dan profesionalisme untuk kesejahteraan masyarakat dan pihak berkepentingan