Latar Belakang Kolej Komuniti Rembau

Pada awal penubuhan Kolej Komuniti Rembau (KKRB), kolej ini beroperasi di bangunan SPKK (kini JPPKK-Jabatan Pendidikan Politeknik Kolej Komuniti) pada Jun 2009. Kolej ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2009 bertempat di bangunan rasminya di Taman Pinggiran Pedas, Pedas, Negeri Sembilan. Ambilan pertama pelajar telah dilakukan pada Januari 2010 bagi program Sijil Agroteknologi iaitu seramai 10 orang pelajar telah mendaftar.

Kolej ini mempunyai 2 blok iaitu blok A dan blok B yang mana ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kebajikan dan keselesaan para penghuninya. Antaranya adalah pusat sumber, makmal komputer, makmal bahasa, dewan kuliah, bilik masakan, bilik jahiran, makmal pemprosesan makanan, bengkel agro, 4 buah Rumah Hijau dan Ladang Agro. Segala kemudahan yang telah disediakan sentiasa dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pelajar KKRB amnya. Disamping turut dilengkapkan dengan kemudahan 2 surau (Lelaki & Perempuan) bagi pelajar beragama Islam.

Kolej yang pada peringkat awal penubuhannya hanya terdiri daripada Bahagian Pentadbiran, kini ianya telah mempunyai seorang Pengarah bersama 2 orang Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah Pengurusan dan Timbalan Pengarah Akademik. Dan dibawahnya mempunyai beberapa unit iaitu Unit Peperiksaan, Unit Akademik & Pendidikan Berterusan, Unit Pembangunan Pelajar, Unit Kolaborasi & Keusahawanan, Unit Pentadbiran & Kewangan, Unit Pengurusan Maklumat & Korporat dan Unit Pembangunan. 

Kenali KKRB.

Kursus di KKRB

Sijil Agroteknologi  
Sijil Fesyen & Pakaian (dijangka Dis 2020)

Latihan Khas

Dikelolakan oleh Unit Pendidikan Berterusan. Minimum peserta ialah 15 orang. Peserta yang hadir akan diberikan sijil penyertaan

Warga KKRB

Terdiri daripada 27 orang kakitangan dan jumlah pelajar seramai 85 orang

Fasiliti

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan antaranya ialah Bengkel dan Ladang Agro, 2 buah Makmal komputer, 1 buah Makmal pemprosesan makanan, Perpustakaan,  Bilik Masakan, Bilik Jahitan dan Studio Rekabentuk.