Agroteknologi merupakan ilmu sains yang menggunakan aplikasi teknologi dalam bidang pertanian dan memfokuskan kepada pengeluaran hasil tanaman merangkumi aspek pembiakan tanaman, pengurusan agronomi, dan pasca tuai dengan penggunaan teknologi dan mekanisasi terkini selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Berdasarkan polisi Negara (Dasar Agromakanan Negara), agroteknologi merupakan industri yang berdaya saing dan menjanjikan prospek yang luas dimana ia menyumbang sebanyak RM32.0 billion atau 5.6% kepada KDNK pada tahun 2010. Perkembangan industri yang memberangsangkan ini memerlukan pekerja separa mahir dan kompeten dalam menguruskan sumber pertanian melalui pendidikan secara Technical and Vocational Education and Training (TVET). Justeru untuk memenuhi permintaan tersebut, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti membangunkan Sijil Agroteknologi untuk pelajar Kolej Komuniti bagi menghasilkan graduan kreatif, inovatif dan produktif serta dilengkapkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran terkini yang diperlukan dalam sektor pertanian.
Program memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan dan penjagaan tanaman bermula dari aspek asas pertanian hingga pengeluaran hasil tanaman mengikut teknik atau kaedah yang betul dengan mengaplikasikan teknologi semasa. Pelajar akan dilengkapkan dengan kemahiran merancang dan menguruskan aktiviti pertanian seperti penanaman, pengurusan pembajaan, pengurusan kawalan penyakit dan perosak, penuaian, pemprosesan produk serta pemasaran hasil tanaman semasa dalam tempoh pengajian. Pelajar akan menjalani latihan industri di ladang persendirian, institut penyelidikan kerajaan atau swasta serta di industri pemprosesan hasil tanaman untuk menambah pengetahuan dan pengalaman dalam bidang
pekerjaan yang sebenar.
Program Sijil Agroteknologi ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang kompeten untuk pelajar memulakan kerjaya di dalam sektor pertanian. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Agroteknologi ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti berikut:
a. Juruteknik Pertanian
b. Juruteknik Ladang
c. Penolong Pegawai Pertanian
d. Penolong Pegawai Penyelidik
e. Penolong Penyelia Ladang
f. Penolong Jualan Pertanian
g. Usahawan Tani
Program ini percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk menjadi Juruteknik Pertanian yang berdaya saing, bertanggungjawab, beretika dan kompeten untuk menguruskan sumber pertanian secara holistik dan sistematik bagi menyokong aspirasi negara dalam memastikan kelestarian sumber dan meningkatkan produktiviti industri pertanian negara.
Sijil Agroteknologi perlu/harus menghasilkan Juruteknik Pertanian yang:
OP1: mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bidang pertanian.
OP2: mempamerkan kemahiran teknikal, kemahiran teknologi digital dan menunjukkan kemahiran kuantitatif dalam bidang pertanian.
OP3: mempamerkan kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal serta ciri kepimpinan di dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan budaya dalam memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat.
OP4: membudayakan pembangunan kendiri, pemikiran keusahawanan serta mematuhi etika kerja dan profesionalisme dalam komuniti dan pihak berkepentingan.
Setelah selesai program ini, pelajar seharusnya dapat:
HPP1: menjelaskan pengetahuan asas teori, prinsip dan konsep dalam bidang pertanian.
HPP2: mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah berkaitan tugas dalam bidang pertanian.
HPP3: mempamerkan kemahiran teknikal berdasarkan skop kerja yang diperlukan dalam bidang pertanian.
HPP4: menghubungkait kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal secara berkesan dalam bidang pertanian.
HPP5: mempamerkan keupayaan menggunakan teknologi digital dan kemahiran kuantitatif dalam bidang pertanian.
HPP6: menghubungkait keupayaan menjalankan tugas dengan ciri kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam bidang pertanian.
HPP7: mengamalkan pembelajaran kendiri dan minda keusahawanan dalam bidang pertanian.
HPP8: mengamalkan kebolehan untuk patuh kepada etika dan profesionalisme kerja dalam bidang pertanian.